Gamelan PPG
Tuesday, 8 October 2013
Sunday, 22 September 2013
Temuramah Tokoh
Pensyarah Fakulti Muzik Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan .
En Nik Mustapha Bin Nik Mohd Salleh ( Pok Nik)

Saturday, 21 September 2013
Pengamal Gamelan Di Malaysia
Pengamal pertama
Nama : En Nik Mustapha Bin Nik Mohd Salleh
Jawatan : Pensyarah Fakulti Muzik
Jabatan : Fakulti Muzik
Email : nikmustapha@aswara.edu.my
No Tel : 012-6370533
Pengamal kedua
SUMBANGAN Harun Mat Piah dalam pengkajian dan penyelidikan sastera banyak mengarah kepada sastera dan budaya Melayu tradisional. Buku-buku, makalah dan kertas-kertas kerja persidangan yang dihasilkan adalah hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang teliti dan bersifat akademik serta sistematik bentuknya. Beliau adalah antara tokoh yang berwibawa dalam kesusasteraan Melayu lama, khususnya puisi Melayu tradisional. Anak bongsu daripada lima adik beradik ini berasal dari Perak dan pendidikan awalnya diterima dari sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1955-1957). Dengan mengikuti kelas-kelas persendirian di sekolah Inggeris, Harun berjaya memperoleh sijil-sijil MCE (Malaysia Certificate of Education, 1961) dan HSC (Higher Certificate of Education, 1966). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa (1963), Maktab Perguruan Ilmu Khas (1965) dalam bidang seni dan kraftangan. Pada tahun 1967 Harun memasuki Universiti Malaya dan tiga tahun kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang linguistik. Setelah tamat pengajian universiti, Harun bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Inggeris Kuala Kubu Baharu, tetapi khidmatnya tidak lama di sini. Beliau berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Malaya dan pada tahun 1973 beliau meraih ijazah tersebut dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik. Selepas itu, Harun menerima Biasiswa British Commonwealth Universities untuk melanjutkan pengajian di School of Oriental and African Studies, Universiti London (1972-1975). Dalam tempoh tersebut beliau berpeluang membuat penyelidikan di pusat-pusat manuskrip Melayu di Eropah Belanda, Perancis dan Belgium, selain London, Cambridge dan Oxford di United Kingdom). Sekembalinya ke tanah air, Harun bertugas sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, (juga Institut Alam dan Tamadun Melayu di universiti yang sama dan meneruskan penyelidikan dalam bidang sastera klasik. Pada tahun 1981 Harun berjaya mendapat Ijazah Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menerusi disertasinya, "Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi." Penyelidikan untuk tujuan itu mengambil masa lebih daripada lima tahun yang melibatkan 750 buah kampung dan sekitar 1000 responden. Penyelidikannya dianggap cukup autoritatif dalam bidang pengkajian puisi Melayu tradisional. Sepanjang tahun 1984 Harun bertugas sebagai Asian Scholar-in-Residence di Universiti Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat di bawah Rancangan Pertukaran Sarjana-sarjana Fulbright. Antara jawatan lain yang diterimanya ialah Timbalan Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM); Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Harun bersara pada awal tahun 1990 untuk bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di universiti tersebut. Harun bersara dari jawatannya pada akhir tahun 1997. Kini beliau melibatkan diri dalam penerbitan karya agung bersama Yayasan Karyawan Malaysia. Dalam bidang penulisan, Harun menumpukan pengkhususan kepada sastera klasik selain budaya tradisi dan memberikan sumbangan dalam pengkajian tradisi lisan, permainan-permainan kesenian seperti gamelan. Semasa di maktab, beliau pernah memenangi peraduan-peraduan mengarang esei, cerpen dan drama menggunakan nama samaran Hasrum Syam dan Har. Harun juga pernah memenangi peraduan syarahan, perbahasan dan berbalas pantun selain menyertai kumpulan muzik pancaragam. Pada tahun 1983 beliau memenangi Hadiah Sastera Malaysia bagi kategori esei, bersama Prof. Muhammad Haji Salleh. Mungkin kerana minatnya lebih tertumpu kepada sastera tradisional dan penulisan akademik yang lebih serius, menyebabkan bakat kreatifnya tidak dikembangkan. Dalam aktiviti akademik dan sosial, Harun pernah mengasas dan memimpin persatuan-persatuan belia dan kebajikan masyarakat. Beliau pernah menjadi Setiausaha dan kemudian Pengerusi Persatuan Pengajian Melayu Malaysia pada tahun 1983 dan 1985 hingga 1990. Dengan keahliannya itu, beliau sering dilantik sebagai pakar rujuk bidang sastera klasik oleh beberapa badan penerbitan. Jawatan lain yang berkaitan dengan kegiatan sastera ialah Ahli Panel Hakim Hadiah Sastera Malaysia (1988-1989); Ketua Jawatankuasa Istilah (untuk Puisi) Dewan Bahasa dan Pustaka (1985-87), Ahli Panel Penulis Projek Penerbitan Ensiklopedia Dewan Bahasa dan Pustaka (1988-1990); Ketua Projek Penyelidikan Kesusasteraan Melayu Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (1988-1990); Panel Penilai Cerpen-cerpen Bahana (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei) dan Panel Hakim Puisi Islam Pusat Dakwah Islamiah Brunei, 1991-1993. KARYA Buku - Kesarjanaan Melayu (bersama Farid M. Onn). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1976 - Cerita-cerita Panji Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980 - Anthology of Asean Literature (bersama Ismail Hussein et. al.). Asean COCCI, 1982 - Gamelan Malaysia (ed.). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1982 - Lambang Sari - Tari Gamelan Terengganu (bersama Siti Zainon Ismail). Kuala Lumpur: IBKKM dan SUK Terengganu, 1986 - Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 - Kesusasteraan Melayu Tradisional (bersama Siti Hawa Salleh et. al.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Friday, 20 September 2013
Rumusan
Gamelan
Kesenian gamelan telah bermula sejak zaman kesultanan melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman kesultanan melayu Melaka, kesenian gamelan ini telah dibawa ke negeri Johor pada tahun 1821, kesenian ini telah dibawa dan di popularkan di negeri Pahang.
Permainan muzik gamelan ini masih diteruskan oleh pengamal - pengamal muzik gamelan yang ada di Malaysia. Kini gamelan telah berkembang ke hampir seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta bukan sahaja menjadi milik istana malah menjadi mainan semua peringkat rakyat.
Permainan muzik gamelan ini juga telah menjadi sebahagian mata pelajaran muzik di Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Dan muzik gamelan ini juga turut diminati oleh golongan muda sekarang ini.
Muzik gamelan ini juga seringkali dipersembahkan di dalam majlis - majlis rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis perkahwinan dan majlis penyampaian anugerah serta sebagai muzik iringan ketibaan tetamu kehormat.
Tokoh
Pada
tahun 1811, sebuah persembahan tari penuh gemalai, diiringi orkestra
perunggu telah dibawa dari istana Riau-Lingga bagi menyerikan satu
majlis perkahwinan diraja yang berlangsung di Pekan, Pahang. Sejak itu,
seni persembahan ini, yang kini dikenali sebagai Gamelan Melayu,
berkembang menjadi hiburan eksklusif untuk keluarga diraja serta tetamu
istana di Pahang dan kemudiannya di Terengganu. Dari tahun 1914
sehingga 1942, usaha dan kecintaan pasangan diraja Terengganu, Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah (1875 - 1942) bersama permaisuri Tengku Ampuan
Mariam telah mengangkat seni gamelan Melayu ke zaman kegemilangannya.
Namun pemergian sebahagian tokoh-tokoh gamelan ini, serta Perang Dunia
ke-2 menyebabkan kesenian ini hampir lenyap, menjadikannya satu warisan
terpendam.
24 tahun kemudian, sewaktu Mubin Sheppard sedang mengkaji seni ukiran Melayu di Istana Kolam, beliau terpandang akan instrumen
gamelan yang telah sekian lama tersimpan sepi. Penemuan pada tahun 1966
ini lantas mencetuskan usaha menghimpunkan semula pemuzik-pemuzik lama
yang diketuai oleh Pak Mat, serta penubuhan kumpulan penari baru di
bawah tunjuk ajar Mak Nang, yang merupakan primadona gamelan di istana
suatu masa dahulu. Maka, gamelan Melayu dihidupkan semula dan bermula
dari sebuah persembahan aluan di Istana Kolam, kumpulan yang dikenali
sebagai Orkes Gamelan Diraja Terengganu ini kemudian dibawa ke
Universiti Malaya, Kuala Lumpur untuk membuat persembahan buat
julung-julung kalinya di khalayak umum.
Kini
gamelan Melayu telah membuka tirainya kepada dunia. Semoga keindahan
dan keasyikan seni warisan ini dapat dinikmati, dilindungi dan
diperkembangkan oleh generasi seterusnya.
Kostum atau Busana
Tiap group memiliki 2 sampai 3 jenis kostum.
Set kostum pemain gamelan Bali terdiri dari:
- Udeng, tutup kepala has orang Bali dengan motif dan warna khusus
- Kemeja Safari
- Kamen (sarung)
- Saput (penutup terluar sarung), biasanya disesuaikan dengan warna dan motif Udeng
- Anteng (selendang).
Baju Safari yg f’s Group, dari kiri
Dewi Sri(2) : Sang-LAH-SUN(1) : Gurnita Sari(3)
Genta Bhuana Sari(5) : Tirta Sari(3)
Selain itu harus disimpan beberapa kostum kemeja, kaos, Udeng, dari pagelaran-pagelaran tertentu, yang sewaktu-waktu akan dipakai kembali.
Cukup membuat penuh seisi lemari,,, itupun nanti pasti akan terus bertambah!!
Di dunia, biasanya cewek yang simpan banyak koleksi baju,,,,
Disini, cowok (pemain gamelan) yang simpan banyak koleksi baju,,,,
Subscribe to:
Posts (Atom)