Friday 20 September 2013

Rumusan


Gamelan

              Kesenian gamelan telah bermula sejak zaman kesultanan melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman kesultanan melayu Melaka, kesenian gamelan ini telah dibawa ke negeri Johor pada tahun 1821, kesenian ini telah dibawa dan di popularkan di negeri Pahang.
                 Permainan muzik gamelan ini masih diteruskan oleh pengamal - pengamal muzik gamelan yang ada di Malaysia. Kini gamelan telah berkembang ke hampir seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta bukan sahaja menjadi milik istana malah menjadi mainan semua peringkat rakyat.
                Permainan muzik gamelan ini juga telah menjadi sebahagian mata pelajaran muzik di Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Dan muzik gamelan ini juga turut diminati oleh golongan muda sekarang ini.
            Muzik gamelan ini juga seringkali dipersembahkan di dalam majlis - majlis rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis perkahwinan dan majlis penyampaian anugerah serta sebagai muzik iringan ketibaan tetamu kehormat.


 
     

No comments:

Post a Comment