Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang
pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta
mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat
yang penting dibunyikan sebagai tanda seseuatu upacara atau sesuatu
peristiwa berlaku. Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa,
gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan
dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai
keistimewaannya tersendiri.
Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat
gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia
dan sebahagian Vietnam. Dianataranya Kulintangan di Sabah, Sarawak,
Berunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat
ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang
sama.
Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari
Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan
Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik
gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.
GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA:
Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri.
Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan
masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi
persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian
Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati
digunakan bagi mengiringi Riog. Barungan dan Kuda Kepang. Muzik
gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah
Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai
permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.
GAMELAN TERENGGANU
Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set
gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik pertama kali
dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga
pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19,
bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan
kemangkatan Sultan Ahamad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke
Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal
Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana
Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana
dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara
istana.
Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben
Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak
mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar
gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan
pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.
No comments:
Post a Comment