Saturday 21 September 2013

Pengamal Gamelan Di Malaysia

Pengamal pertama


Nama : En Nik Mustapha Bin Nik Mohd Salleh
Jawatan : Pensyarah Fakulti Muzik
Jabatan : Fakulti Muzik
Email : nikmustapha@aswara.edu.my
No Tel : 012-6370533 










Pengamal kedua


SUMBANGAN Harun Mat Piah dalam pengkajian dan penyelidikan sastera banyak mengarah kepada sastera dan budaya Melayu tradisional. Buku-buku, makalah dan kertas-kertas kerja persidangan yang dihasilkan adalah hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang teliti dan bersifat akademik serta sistematik bentuknya. Beliau adalah antara tokoh yang berwibawa dalam kesusasteraan Melayu lama, khususnya puisi Melayu tradisional. Anak bongsu daripada lima adik beradik ini berasal dari Perak dan pendidikan awalnya diterima dari sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1955-1957). Dengan mengikuti kelas-kelas persendirian di sekolah Inggeris, Harun berjaya memperoleh sijil-sijil MCE (Malaysia Certificate of Education, 1961) dan HSC (Higher Certificate of Education, 1966). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa (1963), Maktab Perguruan Ilmu Khas (1965) dalam bidang seni dan kraftangan. Pada tahun 1967 Harun memasuki Universiti Malaya dan tiga tahun kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang linguistik. Setelah tamat pengajian universiti, Harun bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Inggeris Kuala Kubu Baharu, tetapi khidmatnya tidak lama di sini. Beliau berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Malaya dan pada tahun 1973 beliau meraih ijazah tersebut dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik. Selepas itu, Harun menerima Biasiswa British Commonwealth Universities untuk melanjutkan pengajian di School of Oriental and African Studies, Universiti London (1972-1975). Dalam tempoh tersebut beliau berpeluang membuat penyelidikan di pusat-pusat manuskrip Melayu di Eropah Belanda, Perancis dan Belgium, selain London, Cambridge dan Oxford di United Kingdom). Sekembalinya ke tanah air, Harun bertugas sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, (juga Institut Alam dan Tamadun Melayu di universiti yang sama dan meneruskan penyelidikan dalam bidang sastera klasik. Pada tahun 1981 Harun berjaya mendapat Ijazah Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menerusi disertasinya, "Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi." Penyelidikan untuk tujuan itu mengambil masa lebih daripada lima tahun yang melibatkan 750 buah kampung dan sekitar 1000 responden. Penyelidikannya dianggap cukup autoritatif dalam bidang pengkajian puisi Melayu tradisional. Sepanjang tahun 1984 Harun bertugas sebagai Asian Scholar-in-Residence di Universiti Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat di bawah Rancangan Pertukaran Sarjana-sarjana Fulbright. Antara jawatan lain yang diterimanya ialah Timbalan Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM); Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Harun bersara pada awal tahun 1990 untuk bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di universiti tersebut. Harun bersara dari jawatannya pada akhir tahun 1997. Kini beliau melibatkan diri dalam penerbitan karya agung bersama Yayasan Karyawan Malaysia. Dalam bidang penulisan, Harun menumpukan pengkhususan kepada sastera klasik selain budaya tradisi dan memberikan sumbangan dalam pengkajian tradisi lisan, permainan-permainan kesenian seperti gamelan. Semasa di maktab, beliau pernah memenangi peraduan-peraduan mengarang esei, cerpen dan drama menggunakan nama samaran Hasrum Syam dan Har. Harun juga pernah memenangi peraduan syarahan, perbahasan dan berbalas pantun selain menyertai kumpulan muzik pancaragam. Pada tahun 1983 beliau memenangi Hadiah Sastera Malaysia bagi kategori esei, bersama Prof. Muhammad Haji Salleh. Mungkin kerana minatnya lebih tertumpu kepada sastera tradisional dan penulisan akademik yang lebih serius, menyebabkan bakat kreatifnya tidak dikembangkan. Dalam aktiviti akademik dan sosial, Harun pernah mengasas dan memimpin persatuan-persatuan belia dan kebajikan masyarakat. Beliau pernah menjadi Setiausaha dan kemudian Pengerusi Persatuan Pengajian Melayu Malaysia pada tahun 1983 dan 1985 hingga 1990. Dengan keahliannya itu, beliau sering dilantik sebagai pakar rujuk bidang sastera klasik oleh beberapa badan penerbitan. Jawatan lain yang berkaitan dengan kegiatan sastera ialah Ahli Panel Hakim Hadiah Sastera Malaysia (1988-1989); Ketua Jawatankuasa Istilah (untuk Puisi) Dewan Bahasa dan Pustaka (1985-87), Ahli Panel Penulis Projek Penerbitan Ensiklopedia Dewan Bahasa dan Pustaka (1988-1990); Ketua Projek Penyelidikan Kesusasteraan Melayu Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (1988-1990); Panel Penilai Cerpen-cerpen Bahana (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei) dan Panel Hakim Puisi Islam Pusat Dakwah Islamiah Brunei, 1991-1993. KARYA Buku - Kesarjanaan Melayu (bersama Farid M. Onn). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1976 - Cerita-cerita Panji Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980 - Anthology of Asean Literature (bersama Ismail Hussein et. al.). Asean COCCI, 1982 - Gamelan Malaysia (ed.). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1982 - Lambang Sari - Tari Gamelan Terengganu (bersama Siti Zainon Ismail). Kuala Lumpur: IBKKM dan SUK Terengganu, 1986 - Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 - Kesusasteraan Melayu Tradisional (bersama Siti Hawa Salleh et. al.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.














No comments:

Post a Comment